Home Twitter Instagram YoutubeChannel

ComeBack!

Assalamualaikum dan Hi Semuanya, Comeback! Hi semua, 2 tahun setengah aku tinggalkan dunia berblogging ni. Now im comeback! past is past. Terima kasih yang sudi menjadi pembaca setia. Semua dah edit, tukar semua kepada yang baru and aku buat satu perubahan lagi. Aku akan update ONLY on my semester break. InsyaAllah kalau ada masa akan tukar updated daily pulak ke kan. Stay tuned! Bila dah lama tak kongsi cerita kat lama social ni dia macam kekok sikit, tak tahu nak cerita apa. hahaha. Mana taknya aku delete semua lama social aku nak menyendiri punya pasal. Abaikan cerita lama.

 Oh ye. Selepas aku berhenti UiTM Step by step aku cuba bina balik semangat aku. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah aku teruskan perjuangan dan aku sambung belajar dekat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tak jauh pun dengan rumah aku. Around 25 minute sampai. Everyweek lah aku boleh balik. Hhahahah, itu pun sebab nak jaga opah. Kat kuis pun ramai je budak KLIA macam nuzul, along. Along ni dia satu course ngan aku, Kat sekolah takdelah bertegur mana tapi bila kat kuis bebel dia MasyaAllah tak boleh bayang yang tuh Along. Sebab time kat sekolah pendiam sangat (to me la). Perbezaan dia jangan tanyalah. Kuis swastakan so Kos dia jelah yang melambung tinggi. Macam kalau UITM dulu 400 je satu sem tolak ptptn apa semua, tapi kat kuis aku tak ambil ptptn. Dari segi makanan serious UITM lagi banyak pilihan makanan dia. Yang bestnya kuis ni suasana dia. Im totally love thier environment. Alhamdulillah pejam celik-pejam celik aku dah habis semester 2 dah pun. Eh! lupa nak cakap. Aku ambil course Dip. Komunikasi.

 Kat kuis ni banyak jugak lah aku belajar, banyak sangat hari demi hari aku makin faham. Semester 1 aku smooth je. Aku ada rapat dengan sorang budak business ni nama dia Raihana. Aku kenal dia masa sesi orentasi. Rapat punya rapat sekali dia pindah. Ya Allah punya sedih and rindunya aku dekat dia sampai terbayang2 dia ada dengan aku. Hhahaha. Semester 2 aku paling tough lah dengan assignment kumpulannya. Tapi Alhamdulillah, Allah banyak tolong aku habiskan semester 2 dengan jayanya. Lagi satu dekat kuis Aku paling rapat dengan Julia. Dia ex roomate Raihana. Sama je perangai dorang berdua ni. Baik sangat. Sampai dorang tak fikir diri dorang sampai kadang tu aku marah jugaklah. Tapi bila Julia marah takde siapa boleh lawan. Kau tunggu jealah sampai dia cool. Paling best time sambut birthday dia tu la kemain susah nak prank dia ni. Dalam prank ni, nini paling superb! Tq nini. Akk love you. Meh akk belanja gambar sebelum nak cuti sem hari tuh. Sebelum tu aku campak mana-mana pun still akan gemuk. ahhahah. Btw terima kasih yang singgah dalam hidup aku memberi seribu satu kenangan. I love you all. xoxo adibah.

Dari kiri : Julia, Hajar, Thilah, Dila, and Me . Jumpa sem 3.