Home Twitter Instagram YoutubeChannel

//270416

Assalamualaikum, Hi Selamat Malam.

Maaf menghilang lama lah juga selepas update comeback punya cerita. Cuti semester kali ni membawa kesedihan yang mendalam buat aku bukan aku sorang tetapi buat kami sekeluarga. 27 hari bulan 4 yang lalu opah telah kembali kerahmatuhllah dekat hospital tunku jaafar. Beberapa minggu selepas hari jadi aku. 6 Hari dekat hospital the day kami kena bawak balik jaga dekat rumah tapi doktor tahan lagi untuk KIV apa semua. Malam tuh dia pergi. 3 hari opah tak sedarkan diri. Last dia sedar hari ahad on 24/4. Alhamdulillah sebelum dia tidur tak sedar kan diri, aku sempat cakap-cakap dengan dia. Aku cakap aku rindu dia, rumah sunyi sangat bila opah tak ada. Bila aku nangis dia lapkan airmata aku sambil tangan dia kena ikat. Rasa sedih sangat sampai aku tak boleh nak menangis bila mayat arwah opah sampai kat rumah dalam pukul 3 macam tu. Aku just tengok cium, berulang-ulang kali aku buat macam tu selepas baca Yasin and i was like macam tak percaya tapi. Opah adalah milik Allah bila-bila masa je Allah boleh ambil. Penyakit tu sebagai satu asbab je .Rindu-rindu sangat pada dia. Banyak sangat kenangan aku dengan opah.

Btw, sorry kepada sesiapa terasa atau apa. Memang masa opah sakit atau masuk hospital memang aku tak bagi tahu sesiapa sebab nanti aku akan focus dekat phone je,Masa arwah opah meninggal pun aku bagi tahu kawan-kawan terdekat je then dorang viral kan. Tq so much kepada yang ckp salam takziah dan yang mendoakan arwah opah. Opah meninggal sama hari dengan atok meninggal. Again tq so much aspa sebab datang tolong aku the day arwah opah meninggal. Haikal, izza, iya, nuzul dan lain-lain. Terima kasih banyak-banyak. Last, opah adik rindu nak panggil opah, opah.