Home Twitter Instagram YoutubeChannel

Project 2k17

Assalamaualaikum Semua.

last update blog semester 3 dan sekarang aku dah semester 5. Allahu cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik ADIBAH dah nak practical. Rasa seronok but im too nervous. 

Okay, straight to the point. so sekarang aku sedang cuti midsem. Tak seronok sangat, sebab after naik je cuti *boom semua assingment aku kena hantar. Kau rasa? Haha. Cuti midsem ni pun kami dah ada tugasan kena Share/ Viralkan Shortfilm yang kami buat ke semua laman sosial but i think belum world wide lagi. Step by step selebihnya aku dan group bertawakal kepada Allah and hoping for the best. 

Aku baru teringat ada ranking untuk semua viewers and likers yang tengok shortfilm kami tu, tapi aku tak kesah sangatlah yang penting input dalam film tu sampai kepada semua yang tengok dan mendapat tempat dihati masyarakat. 

So shortfilm kami tu berkesahkan sebuah keluarga yang tidak membiarkan internet menganggu hubungan kekeluargaan. Setiap group mendapat tajuk yang berbeza. Aku sangat terkesan dengan pengalaman dalam kami menyiapkan tugasan tersebut. Sangat best, bestnya bukan apa dapat rasa macam mana orang berlakon, tapi kitaorang nak ambil shoot pintu pun dan 10 take. hehe. last-last aku yang willing untuk tutupkan. Pengarah group kami pun calang-calang orangnya. Aku dah bekerja dengan dia sejak semester 1 and i know her.

Lepas sharekan dekat orang ramai ada laporan yang menanti. Haha. Tak habis macam tu je beb. Takpelah berkorban demi final year. Alright, aku taknak buang masa korang. So jom tengok shortfilm dari kami. full video ada dekat dua tempat. FB& YT

Sedutan dari Shortfilm kami. Selebihnya boleh tengok full dengan klik link dekat atas okay.

video


Okay guys, aku juga nak minta korang jangan lupa komen kebaikan/ keburukan untuk penambaikkan video kami. Jangan lupa untuk sharekan sekali. Jasa korang amat kami hargai. TQ.