Home Twitter Instagram YoutubeChannel

End of Semester 3

Yeayyyyy, finally habis juga semester 3 aku dengan perasaan yang bercampur baur Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk mengharunginya.

Tulusly, banyak sangat nak cerita, sebab banyak kenangan yang aku tak boleh move on lagi. Aahahha. Dari aku jadi jaksa asrama, sampai aku tarik diri sebab tak boleh nak bagi commitment mana nak handle kelab sendiri, mana nak handle jaksa so aku decide ambil satu je. Aman Sikit! Semester 3 kalini lah paling penat otak aku rasa, sebab banyak program yang kitaorang buat, pelbagai ragam yang mewarnai Semester 3 aku kali ni.


ni masa teman jira pergi couching naqibah untuk usrah, every khamis mesti teman dia. Inc my hajar such a beautiful princess. 


Okay, gambar yang ni paling kenangan. Sebab first time datang sini. Masa ni ada assignment kena interview Wartawan siaran berkaitan dengan subjek Penulisan Media Electronik. Boleh dikatakan semester 3 ni, memang kitaorang banyak buat kerja luar lah. 


hihi, berbuka sesama geng! Masa puasa tahun ni punya. Tapi tak lengkap sebab Aspa and Izza tak dapat datang. 


Jeng jeng, ini lah Izzati Fatini. Lama tak keluar sesama dengan dia. Rindu sangat, sangat. Terima kasih Allah. 


Gambar ni, masa aku buat makan-makan sikit untuk kawan-kawan. Ini lagi tak sangka. Kawan kuis aku ramai datang. Yela, tak expect pun ramai sebab aku tahu masalah transport dorang. Malam sebelum open house pun dok berdebat nak naik kereta siapa. Thanks to mummy and kakak yang melayan, menyediakan makanan apa semua. and Thankyou so much korang sebab datang till 11.59 pun still ada orang ketuk pintu okay. 
  

Yang ni masa, jamuan raya kediaman. Paling best bila time hiasan kedai by kediaman. Tapi time terima hadiah atas pentas aku tak naik pun. Hhahahahhaha. 


Yeah, Konvokesyen. Gambar ni semua orang ingat kakak-kakak ni ada kaitan dengan aku. Hahahhaha, tak, masa ni juga aku ada assignment kena buat Lintas Langsung mengenai Event Terbesar kuis, contohnya Konvokesyen dan Ekstival. Ekstival aku tak nak buat sebab dah ramai coursemate aku yang buat. So we tried to create something new. Eceh. ahahahahha. 


Kem Terajul Unggul PRS, and aku jadi FASI. hahahaah. Kem ni best sangat. Sebab dari tak rapat semua jadi rapat. Yang tengah-tengah tuhlah ketuanya. The best SIR ever. Layan je telatah kitaorang. But the time dia marah, okay deal with it! ahhaha. 


Semua orang cakap mentoring aku hambar. Hahhaha, nak buat macam mana tak ada siapa yang gerakkan. Team Puan Hazlin juga yang Havoc. Paling ekstrem lah sebab dorang meniaga, pergi zoo dan sebagainya. Takpe sahabat-sahabat mentoring ku sekalian, next sem kita buat program kita sendiri ok. Tak banyak pun benda yang diperlukan melainkan Semangat dan kerjasama dari korang. 


So tamat lah, perkongsian gambar-gambar semester 3 aku. Banyak lagi sebenarnya nak cerita banyak sangat tapi cukup yang ini dulu la. Jadi cuti sem kali ni. Aku bawak kelainan sikit. Sambil berblogging aku juga buat Vlogging. So kalau nak tengok boleh, nanti aku sharekan link dekat bawah header ok. 
Selamat Malam semua. Lots of Love Adibah. Chop! sebelum tu aku nak kenalkan dengan someone.



Khekhekhe, takdelah someone sangat. Just nak kenalkan dorang ni je. First Jira, Chenad and My Beautiful princess dia ni totally baik and lembut sangat. *oh kj please terharu* hahahaha, kitaorang semua panggil dia kj. nama penuh dia Siti Hajar and yang last sekali tu adik kitarorang Mia! paling manja kalau rapat dengan dia. Kenapa aku cakap dia adik kitaorang sebab dia yang umur 19 tahun. Kitaorang 4 orang 20 dah. HIHIHIHI Semester 3 ni, Jira and mia yang suka sangat manjakan aku. ahhahaah, Jumpa semester 4 korang.